Kemudahan-kemudahan di Apartment Masreca 19 Cyberjaya
Kemudahan-kemudahan di Apartment Masreca 19 Cyberjaya
Kemudahan-kemudahan yang terdapat di Apartment Masreca 19 Cyberjaya adalah pelbagai, sesuai dengan gaya hidup dan pilihan aktiviti sukan golongan umur pertengahan dan muda mudi masa kini.
Ada 2 gelanggang futsal, 1 gelanggang basketball dan juga 1 gelanggang sepak takraw yang disediakan dalam kawasan apartment Masreca 19 untuk kemudahan penduduk-penduduk apartment ini.
Selain itu, terdapat juga tempat permainan kanak-kanak dan dewan serbaguna yang boleh disewakan untuk kegunaan majlis keraian kecil-kecilan. Capacity dewan serbaguna adalah sebanyak 250 orang pada satu-satu masa. Untuk mendapatkan kadar sewaan dewan serbaguna apartment Masreca 19, boleh rujuk ke pihak management bangunan apartment.
Penyediaan kemudahan-kemudahan di Apartment Masreca 19 Cyberjaya ini sejajar dengan konsep pembangunan pihak pemaju untuk menyediakan dan menerapkan nilai kehidupan berkomuniti dalam kalangan penduduk pelbagai bangsa dan agama.
Comments
Post a Comment